Our Bundle of Joy

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 7, 2011

~aku~

bila mood tengah down..and hati memerlukan sokongan..mesti rasa macam takde yang menyokong kan? mesti rasa orang sekeliling yang patutnya meringankan sakit dalam jiwa ni tiba2 jadi manusia yang menambahkan beban dalam kepala..

haishhh...

dugaan hidup ni datang dalam pelbagai bentuk..kan? tabah la wahai hati..ini baru sikit.. =')

mood memang agak down..panggilan yang ditunggu dari sejak awal tahun, masih tak kunjung tiba..mengharap dan terus mengharap..harapan dari subur mekar mewangi, sekarang ni dah makin layu dan tandus..hati makin perit...aku aje yang rasa..aku aje yang tau..tak pandai nak tunjuk2..even pada suami pun tidak..menangis? tiapkali mandi, aku menangis..tu je pun tempat private yang takde orang boleh tiba2 jengah intai kan?

hmmm...

dugaan itu datangnya dari Allah kan? tabahlah wahai hati.. =')

kadang2 sebagai manusia..kita tak lari dari di kritik dan di puji kan? bila di kritik, memang hati pedih..tapi jika untuk kebaikan kita..tetap kita telan dan cuba perbaiki...kan? tapi kalau tetap yang tiba tu kritikan demi kritikan tanpa satu pun pujian..mula hati tertanya..'bodoh sangat ke aku ni? penat mencuba baiki..tetap tidak elok di mata dia?' lagi2 jika kritikan itu datang dari orang yang rapat dengan kita..pedih...memang pedih..tapi aku cuba telan selagi mampu..mungkin benar, aku ini bodoh..puas mencuba pelbagai cara..tetap tidak pernah ku dengar pujian dari dia..

aku manusia biasa...ingin di puji sekali sekala sebagai pembakar semangat..tapi jika yang kunjung tiba tetap kata2 yang tidak diharapkan..semangat aku makin pudar..airmata kunjung datang tiapkali sendiri..takpela..anggap aje la aku ni loser..tak mampu untuk memperbaiki diri..serba serbi tentang aku ini kurangnya yang nyata..lebihnya masih tak dapat aku luahkan..mungkin...

dugaan tu tanda Allah sayang dan cinta pada kita kan? tabahlah wahai hati.. =')

cuba untuk kuat..tapi sekali sekala tetap tewas..manusia biasa kan? lainlah kalau aku ada super power..petik jari je terus jadi sempurna..bagusnya..tapi hidup di dunia kecil aku ini..takde ruang dah untuk berangan2..yang ada cuma usaha usaha usaha..tiap hari berusaha untuk perbaiki..tapi hasilnya? tetap sama..pujian yang aku harapkan tak pernah kunjung datang..

dugaan tu macam misscall dari Allah kan? tanda dia ingatkan kita? tabahlah wahai hati =')

putus asa? tak lah..mana boleh putus asa...orang yang putus asa tu lagi la loser =p aku masih tetap akan berusaha..walaupun semangat makin pudar..hati makin tawar..mungkin satu hari nanti..apa yang aku harapkan akan aku dapat..panggilan yang aku tunggu sekian lama serta pujian yang amat ingin aku dengar..

doakan aku ye kawan2..sebelum jiwa aku makin layu..sebelum senyuman aku makin pudar..sebelum sentuhan aku makin dingin..

datanglah peluk aku wahai bahagia..aku rindu kamu..

MARI LIKE BERSAMA-SAMA =))

8 kata hikmat:

faRhaNa said...

iye sy dtg peluk awak~

u, i pun rs sedih sgt2..giler down skrg nih~dugaan hidup sgt kah?but i tetap senyum..kt dlm hati hanya Tuhan sj tau..

mari sama2 kt doakan cahaya bahagia serta gembira akan datang cepat~Amin...

Amy-Wan said...

sama2 la kita tabah ye u..ala..bukan 1st time pun kita berlakon gembira padaal dlm hati sedang hancur kan?? hehhe..kita kan pelakon terhebat! =')

Puan Jiha said...

u

huhu be strong k...ada hikmah di balik semua yg terjadi...

menangis je...after that mesti ada rasa lega sket n inshaAllah akan lebih tabah

Atiqah said...

u.. pecayalah, semua yang namanya manusia tu rasa benda yang sama.. cuma dugaan tu lain2 bentuk je.. luar je nampak tenang. sebab tu pn yang manusia nak manusia yang lain nampak. apa yang boleh buat, sabar, redha dan bersyukur dgn apa yang kita ada. sebab apa yang kita ada tak semua org ada.

i doakan kita semua tabah dan sentiasa happy :)

Amy-Wan said...

jiha n atiqah : thnx dear..memang sedang cuba tabah..kadang2 bila pendam2 aje..lama2 x tahan jugak..kena jugak luahkan..memang hati pedih..tapi apa daya...kena juga harung..

Ciare Baha said...

quote: 'sama2 la kita tabah ye u..ala..bukan 1st time pun kita berlakon gembira padaal dlm hati sedang hancur kan?? hehhe..kita kan pelakon terhebat! =')'

betul tu, semua org adalah pelakon terhebatkan :)

sharEna said...

sedih pulak bace entry amy nie.
be strong dear. insyallah mentari akn muncul kembali =)

Amy-Wan said...

ciare : kan? kita yang di duga ni adalah pelakon yang paling hebat.. =)

shareena : thnx a lot tuk doa tu..semoga awak dilimpahkan kebahagian berpanjangan.